Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

29 Oktober 2022 (Kuantan) – Jabatan Penerbitan dan Pemasaran, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UnIPSAS telah menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel dalam Jurnal Berimpak Tinggi di Hotel Shahzan, Kuantan pada 29 Oktober 2022. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang strategi dan teknik yang berkesan dalam penulisan dan penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi.

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam penulisan dan penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi iaitu Lt. Kdr. Prof Madya Dr. Abu Yazid Abu Bakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel ini juga merupakan salah satu usaha pihak Jabatan Penerbitan dan Pemasaran, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UnIPSAS bagi meningkatkan penghasilan penulisan dan penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi dalam kalangan pensyarah UnIPSAS.

Loading...