Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC)

PENGENALAN

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) secara rasminya ditubuhkan pada  Mei 2020. RMC bertanggungjawab dalam pelbagai aspek pengurusan penyelidikan di UnIPSAS seperti perancangan dan pengurusan penyelidikan, pengurusan kewangan, pemantauan dan penambahbaikan penyelidikan, pengurusan penerbitan penyelidikan, pengurusan jaringan penyelidikan dan pengkomersilan, pengurusan harta Intelek dan pengurusan aset penyelidikan.  

RMC UnIPSAS juga beriltizam untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan agenda pembudayaan aktiviti penyelidikan di UnIPSAS berdasarkan kepada dasar dan polisi penyelidikan UnIPSAS

PENGENALAN

Visi

Memacu kecemerlangan universiti dalam penyelidikan, perundingan dan inovasi.

Misi

Memperkasa pengurusan penyelidikan dan inovasi yang selari dengan kepentingan ummah dan aspirasi universiti.

Objektif

  1. Meningkatkan jaringan kerjasama antara UnIPSAS dan semua agensi sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
  2. Mempelbagaikan sumber pembiayaan penyelidikan.
  3. membantu universiti dengan perkhidmatan sokongan yang cekap yang berkaitan dengan pengurusan ilmu dan perancangan penyelidikan
  4. Menyebarkan maklumat terkini tentang sumber pembiayaan dan prosedur permohonan geran penyelidikan

          PERANAN RMC

          Perancangan dan Pengurusan Penyelidikan

          • Mendapatkan dana dalaman untuk penyelidikan.
          • Mengenal pasti sumber dana luar.
          • Menyalurkan maklumat berkaitan penawaran geran penyelidikan daripada pihak pemberi dana kepada penyelidik.
          • Mengurus permohonan geran dalaman dan luar.
          • Menganjurkan bengkel, kursus, latihan dan seminar berkaitan aktiviti penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
          • Menguruskan pelantikan pihak yang berkaitan di bawah projek penyelidikan.
          • Menerima laporan penyelidikan dan mengemas kini pangkalan data penyelidikan dan penerbitan.

          Pengurusan KewanganPenyelidikan.

          • Menyelaras dan menguruskan permohonan kewangan penyelidikan.
          • Menguruskan perolehan, tuntutan dan pembayaran dana penyelidikan dan inovasi.
          • Memantau prestasi kewangan dan perbelanjaan penyelidikan mengikut dasar dan pekeliling Pejabat Bendahari atau keperluan pemberi dana yang berkuatkuasa.
          • Memastikan semua dana penyelidikan disalurkan melalui akaun universiti.
          • Mengemaskini dan memastikan baki dana yang tidak digunakan oleh penyelidik disalurkan ke dalam Tabung Dana Penyelidikan dan Inovasi (TDPI

          Pemantauan dan Penambahbaikan Penyelidikan dan Inovasi.

          • Memantau kemajuan, hasil penyelidikan dan prestasi perbelanjaan penyelidikan secara berkala.
          • Memberi khidmat nasihat kepada penyelidik tentang perkara yang berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi.

          Pengurusan Penerbitan Penyelidikan

          • Menyediakan laporan tahunan penyelidikan.

          Pengurusan Aset Penyelidikan

          • Merekodkan dan menyimpan semua aset yang diperoleh daripada geran penyelidikan dalaman dan luaran selepas didaftarkan sebagai hak milik universiti.
          • Menguruskan peminjaman aset penyelidikan.

          Pengurusan Jaringan Penyelidikan

          • Membuat semakan draf memorandum perjanjian penyelidikan yang disediakan oleh Penasihat Undang-undang bagi memastikan terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua belah pihak memenuhi kepentingan universiti dan menyumbang kepada pengiktirafan oleh Malaysian Research Assessment (MyRA).
          • Menyelaras penyertaan penyelidik dalam pameran penyelidikan dan pertandingan inovasi.

          Pengurusan Harta Intelek

          • Menguruskan pendaftaran harta intelek yang terhasil daripada penyelidikan di universiti.
          • Menguruskan pendaftaran harta intelek yang terhasil daripada penyelidikan di universiti.
          •  Pengurusan dan perekodan dokumen berkaitan harta intelek.
          •  Mengadakan bengkel/seminar berkaitan pengurusan harta intelek.
          Loading...