Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

INSTITUT

JAWI

MENGENAI INSTITUT JAWI UnIPSAS

Institut Jawi UNIPSAS ditubuhkan pada awal tahun 2020 sebagai salah satu sayap di bawah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) UnIPSAS. Penubuhannya adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah agar aktiviti berkaitan tulisan Jawi disemarakkan bermula di institusi-institusi pendidikan dan pengajian tinggi. Ia juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Pahang yang menguatkuasakan penggunaan tulisan Jawi di negeri ini pada papan-papan premis perniagaan bermula pada Januari 2020.

Sehingga kini, Institut Jawi UnIPSAS telah memainkan peranan membantu ratusan syarikat di negeri ini termasuk syarikat milik bukan Melayu membuat pengesahan dan semakan ejaan Jawi untuk premis perniagaan mereka. Demikian juga, institut ini telah memberikan khidmat bantuan berkaitan tulisan Jawi kepada pelbagai agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan individu dalam memastikan penggunaan ejaan Jawi yang betul dalam pelbagai medium. Dalam tempoh penubuhannya, institut ini juga telah mengadakan beberapa siri kursus atau bengkel kemahiran Jawi sama ada secara bersemuka mahupun secara dalam talian.

MUNSYI JAWI DBP DI UnIPSAS

Senarai Munsyi Jawi DBP dari UNIPSAS:

 

  1. En. Ainuddin bin Kamaruddin ( Pengarah Institut Jawi )
  2. Dr. Norahida binti Mohamed ( Munsyi Jawi )
  3. Dr. Safiah binti Abdul Razak ( Munsyi Jawi )
  4. Pn. Nurizan binti Baharum ( Munsyi Jawi )
  5. Pn. Seriayuna binti Sa’don Zubir ( Munsyi Jawi )
  6. Pn. Siti Nora’Aeshah binti Zakaria ( Munsyi Jawi )
  7. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman ( Munsyi Jawi )

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Institut Jawi UnIPSAS menyediakan perkhidmatan dan menjalankan peranan seperti berikut:

 

  • Menjadi pusat rujukan Tulisan Jawi utama di negeri Pahang.
  • Sebagai badan yang berautoriti membuat semakan dan mengeluarkan pengesahan ketepatan ejaan Jawi bagi papan tanda / papan iklan di negeri Pahang.
  • Mengadakan kursus-kursus kemahiran tulisan Jawi kepada warga UnIPSAS, sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan dan mana-mana pihak di negeri Pahang.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti yang berkaitan antaranya mengadakan seminar, festival atau pertandingan berkaitan Khat dan Tulisan Jawi sama ada peringkat Negeri, Kebangsaan mahupun Antarabangsa.
  • Melaksanakan penyelidikan dan inovasi berkaitan tulisan Jawi khususnya dalam skop negeri Pahang.
  • Menerbitkan buku, transliterasi kitab atau makalah ilmiah dalam jurnal-jurnal berkaitan tulisan Jawi.
  • Memberikan khidmat rundingan dan membantu mana-mana pihak yang memerlukan kepakaran dalam tulisan Jawi.
  • Bekerjasama dengan mana-mana agensi dalam usaha memperkasa dan mempergiat aktiviti berkaitan tulisan Jawi.

AKTIVITI

AKTIVITI

Loading...