Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Akademi Hadis

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Akademi hadis ini ditubuhkan hasil cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah pada 21 Jun 2019. Sehubungan dengan itu, UnIPSAS dipertanggungjawabkan bagi mewujudkan sebuah institusi hadis memasyarakatkan pengajian hadis ke peringkat yang lebih formal dan lebih baik di samping memperkasa kedudukan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Penubuhan Akademi Hadis ini mendokong visi dan misi untuk melahirkan masyarakat yang celik hadis dan membina ilmuwan Islam yang pakar dalam bidang hadis.

Cetusan yang dihasratkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini merupakan sebuah hasrat mulia bagi mengimbangi perkembangan sekolah atau institusi berorientasikan aliran tahfiz al-Quran yang pesat membangun. Masyarakat awam sangat teruja dengan kewujudan institusi aliran tahfiz dengan memberi sokongan dan galakan. Hadis merupakan rujukan dan sandaran kedua syariat Islam di samping al-Quran. Namun begitu, pusat pengajian yang memfokuskan bidang hadis kurang menyerlah dan tidak mendapat sokongan dan perhatian yang baik dalam kalangan masyarakat. Tidak banyak institusi pengajian yang menawarkan pengajian hadis di Malaysia amnya dan di Pahang khasnya.

Satu kajian awal telah dilakukan dan mendapati hanya terdapat beberapa pusat pengajian berkaitan hadis di Malaysia dan luar negara: (Fauzi Deraman, 2013), di Malaysia, antaranya ialah Institut Kajian Hadith Selangor (INHAD), ditubuhkan pada tahun 2008 yang berpusat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seterusnya, konsep pengamalan pengajian hadis berteraskan sistem madrasah (pondok) Darul Quran Wal Hadith Deobandi, Kuala Kangsar, Perak ditubuhkan pada tahun 2008. Termasuk pengajian hadis yang dijalankan di Alor Setar, Kedah seperti Darul Hadis dan juga di Jerantut, Pahang yang diasaskan pada tahun 2008 iaitu Darul Ulum al-Islamiah. Terdapat juga sistem sekolah yang mengamalkan pengajian secara tradisi (turath) bagi pengajian hadis secara bertalaqqi selain menyediakan sistem pembelajaran yang mengikut piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Ma’alim al-Sunan li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN), di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang ditubuhkan pada bulan Jun 2016.

Manakala di luar negara pula seperti, Dar al-Hadith al-Hasaniyyah, Rabat Morocco yang ditubuhkan pada tahun 1964. Kedua, Centre of Research on Sunnah and Sirah in Al-Azhar University yang ditubuhkan pada tahun 2004. Ketiga, Markaz Khidmat Al-Sunnah and Al-Sirah Al-Nabawiyyah berpusat di Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia yang ditubuhkan pada tahun 1985. Keempat, Dar Al-Hadith Al-Ashrafiyyah yang ditubuhkan pada tahun 1209. Dan kelima, Madrasah Al-Kamiliyah yang diitubuhkan pada tahun 1201.

Hasil daripada perbincangan pihak pentadbiran KUIPSAS, maka tertubuhnya secara rasmi sebuah akademi yang dinamakan Akademi Hadis UnIPSAS bersempena idea dan cetusan yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Negeri Pahang Darul Makmur.

DEFINASI

Akademi :

Bermaksud sebuah pusat atau institusi yang menjalankan aktiviti berteraskan penyelidikan dan pengkajian sesuatu bagi menghasilkan pengetahuan ilmiah ahli serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung (Kamus Dewan, 2009).

Hadis :

Secara etimologinya, perkataan hadis (حَدِيْث) memberikan pelbagai makna, antaranya ialah:

  1.        Baharu (جَدِيْدٌ), antonimnya ialah lama (قَدِيْمٌ).
  2.        Percakapan atau perkataan.

: Secara terminologinya, perkataan hadis (حَدِيْث) bermaksud:

“Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan, taqrir (pengakuan), sifat fizikal atau akhlak sama ada yang berlaku sebelum diutus sebagai rasul atau sesudah diutus sebagai Rasul”.

(Mohd Yusuf Ismail et al 2018)

RASIONAL | VISI | MISI | OBJEKTIF

RASIONAL

Akademi Hadis UnIPSAS ditubuhkan bagi memasyarakatkan pengajian hadis dalam kalangan masyarakat khususnya rakyat di Negeri Pahang di samping menghidupkan suasana tradisi pembelajaran hadis secara tradisional dan kontemporari. Ia juga mendukong hasrat memartabatkan kedudukan hadis sebagai sumber kedua perundangan dan syariat Islam.

VISI | Menjadi Pusat Rujukan Dan Kecemerlangan Ilmu Hadis di Negeri Pahang

MISI | Beriltizam meningkatkan kualiti pengajian dan penyelidikan hadis secara seimbang dan dinamik bagi melahirkan masyarakat yang cintakan hadis dan sunnah demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

OBJEKTIF

• Memperkasa kedudukan hadis dan mempertahankannya sebagai sumber syariat yang kedua selepas al-Quran al-Karim.
• Memasyarakatkan pengajian hadis dalam kalangan rakyat khususnya negeri Pahang melalui penganjuran aktiviti yang pelbagai bagi semua peringkat.
• Bekerjasama dengan pusat atau instutusi-instutusi kajian hadis dan organisasi yang releven samada peringkat tempatan dan antarabangsa melalui penganjuran program dan kajian penyelidikan.
• Menghasilkan dan Menterjemah karya-karya hadis yang releven serta
menyebarkan karya-karya yang dihasilkan dalam kalangan masyarakat.
• Melahirkan penyelidik-penyelidik yang mempunyai kepakaran dalambidang hadis yang mampu menyelesaikan permasalahan
berkaitan hadis.

CARTA ORGANISASI

PAUTAN BERKENAAN

Loading...