Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

17 – 19 NOVEMBER 2023 (PEKAN) – Bengkel Hands-On Penulisan Artikel Kertas Konsep telah diadakan di Hotel Ancasa Royale Pekan anjuran Penerbit UnIPSAS. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para pensyarah tentang penulisan kertas konsep dalam jurnal akademik.

Selain itu juga, pendekatan secara terus atau ‘hands-on’ diterapkan dalam bengkel ini agar para pensyarah dapat terus mengaplikasikan serta menghasilkan artikel kertas konsep untuk diterbitkan dalam jurnal tempatan. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan dan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin, pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Loading...