Responsive Menu
Add more content here...

ย +609 553 5555 ย  ย  ย  ย  bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

KUANTAN, 19 Julai 2024 – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) telah menganjurkan ๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐Œ๐๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’) buat julung kalinya pada 16-18 Julai bertempat di Dewan Sultan Ahmad Shah, UnIPSAS.

Bertemakan ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก, objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memupuk budaya kecemerlangan dalam penyelidikan, penerbitan dan inovasi dalam kalangan penyelidik, pensyarah, guru, pelajar serta keterlibatan dengan komuniti yang lebih luas.

Pertandingan inovasi dan reka cipta yang dijalankan melibatkan penyertaan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan sekolah di seluruh Malaysia. Aktiviti lain yang turut berlangsung sepanjang program ini ialah pertandingan poster penyelidikan, pelancaran buku, pelancaran AI Station, bengkel asas tulisan khat, pameran dan wacana ilmu, forum cabaran pengajian peringkat pascasiswazah, bicara intelektual, klinik guaman syarie dan harmony centre.

Majlis Penutup Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 telah dirasmikan oleh YB. Datoโ€™ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Beliau memberikan sokongan dan galakan terhadap penganjuran program ini yang menjadi landasan kepada para penyelidik dan ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ข๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ untuk mempamerkan pencapaian masing-masing serta belajar daripada satu sama lain. Beliau juga menyeru semua pihak untuk membudayakan semangat penyelidikan dan inovasi agar dapat membina masa depan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat khususnya untuk umat Islam itu sendiri.

Dalam majlis yang sama, Naib Canselor, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Profesor Datoโ€™ Dr Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin sempat berkongsi bersama hadirin mengenai kepentingan pendidikan dalam memperkasakan identiti bangsa Melayu melalui Bicara Intelektual: Kelangsungan Pendidikan Bangsa Melayu.

Dr. Nur Yani binti Che Hussin selaku pengarah program menyatakan hasrat beliau, โ€œBesarlah harapan saya agar Minggu Penyelidikan dan Inovasi akan dijadikan progam tahunan dan pada masa akan datang, saya berharap aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan dapat menarik penyertaan di peringkat antarabangsa.โ€

Minggu Penyelidikan dan Inovasi ini mampu menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi demi kemajuan dan transformasi ummah.

Loading...