KUALA TERENGGANU, 10 November 2024 – Program anjuran Penerbit UnIPSAS dengan kerjasama HRDF telah selesai dijalankan iaitu Bengkel Penulisan Artikel Jurnal bermula 8 hingga 10 November 2024 yang dikendalikan oleh Penerbit UnIPSAS.
Bengkel penulisan artikel jurnal ini melibatkan 39 pensyarah UnIPSAS terdiri daripada Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pengurusan dan Informatik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang serta Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi. Pengisian slot dalam bengkel kali ini dijemput YBrs. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh (Profesor di Fakulti Pengajian Islam, UnIPSAS) dan YBrs. Dr. Fahmi Zaidi bin Abd Razak (Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah, UnIPSAS). Objektif bengkel kali ini memberi pendedahan mengenai strategi dan teknik penulisan artikel dalam jurnal berindeks di samping mencapai KPI MyRA dan Pelan Strategik UnIPSAS.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YH. Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS. Diharapkan penganjuran bengkel ini menjadi satu langkah proaktif Penerbit UnIPSAS dalam membudayakan penulisan artikel jurnal dalam kalangan pensyarah.