MELAKA, 9 Januari 2025 – Penerbit UnIPSAS telah selesai mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Penerbit Universiti Islam Melaka (UNIMEL) pada 9 Januari 2025 lalu.
Objektif mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Penerbit UNIMEL ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan proses menjadi keahlian MAPIM di samping mendengar perkongsian berkenaan cara pengurusan, kemudahan dan infrastruktur yang ada di Penerbit UNIMEL berkenaan hal penerbitan.
Empat daripada Ahli Penerbit UnIPSAS yang terlibat dalam sesi lawatan kali ini diketuai oleh YM. Puan Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail (Pengarah Penerbit UnIPSAS). Selain itu, lawatan ini disertai oleh Puan Nurul Athirah binti Mohd Azmi (Ketua Seksyen Jurnal), Encik Abu Dzar bin Ahmad (Ketua Seksyen Buku, Majalah dan Terbitan Khas) dan Puan Nur Azreen bin Othman (Ketua Unit Pemasaran). Sesi lawatan ini banyak membincangkan hal-hal berkaitan penerbitan dan pemasaran buku dan jurnal. Pihak Penerbit UnIPSAS juga berpeluang mengunjungi pejabat urusan dan bilik penempatan buku-buku ilmiah dan komersial yang telah dicetak oleh Penerbit UNIMEL.
Sesi lawatan ini telah disambut oleh YBrs. Dr. Mohd Azam bin Haji Yahya, Dekan Institut Pengajian Siswazah UNIMEL dan delegasi dari Penerbit UNIMEL. Diharapkan kunjungan dan lawatan ini menjadi satu langkah proaktif Penerbit UnIPSAS dalam meningkatkan kualiti pengurusan Penerbit di UnIPSAS.