Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa (I-DIA)
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa (I-DIA) yang ditubuhkan di bawah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) UnIPSAS memainkan peranan penting dalam memperkasakan program dakwah dalam kalangan masyarakat awam, khususnya di negeri Pahang. I-DIA berperanan dalam membangunkan kajian dan penyelidikan yang relevan dengan bidang dakwah dan berusaha melatih kader daie yang profesional dan berminda global.
Selain itu, I-DIA juga aktif dalam membina jaringan kerjasama strategik bertaraf global dengan organisasi dakwah dalam dan luar negara. Sepanjang tempoh penubuhannya, I-DIA telah menganjurkan program bulanan bersama Felo Dakwah UnIPSAS, Yang Berbahagia Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Selain itu, institut ini telah berkolaborasi dengan agensi-agensi dakwah seperti JAKIM dan YADIM dalam penganjuran program serta perbincangan penyelidikan. I-DIA sentiasa komited dalam menyebarkan nilai-nilai dakwah secara holistik dan berkesan.
VISI | MISI | OBJEKTIF
VISI |Menjadi Pusat Pengkaderan Daie bertaraf Dunia.
MISI |Komited membina kader-kader Daie yang berwibawa dan profesional melalui latihan-latihan yang efektif dan penerapan teknologi terkini dan moden.
OBJEKTIF
- Melatih pendakwah yang berilmu, berkemahiran, profesional dan berminda global.
- Memperkasa usaha dakwah kepada pelbagai entiti masyarakat.
- Menghasilkan kajian dan penyelidikan yang relevan dengan bidang dakwah dan melahirkan pakar tempatan dan antarabangsa yang berwibawa dan proaktif dalam bidang dakwah.
- Mewujudkan jaringan kerjasama strategik bertaraf global antara Institut Dakwah Islamiah Antarabangsa (I-DIA), UnIPSAS dengan organisasi dakwah dalam dan luar negara.
- Memperkasa penggunaan media yang terkini bagi kecemerlangan penyampaian dakwah sejajar dengan perkembangan teknologi moden masa kini.
- Menjadi hub dakwah kepada komuniti setempat pada semua peringkat masyarakat samada masjid atau pusat Islam, sekolah, IPT, penjawat awam dan masyarakat berhampiran.