Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

Himpunan Hadis

INFO@HADIS

– Mentaati Perintah Allah S.W.T Selari Dengan Sunnah Nabi S.A.W –

Daripada ‘Abdullah bin Sarjis RA berkata; Aku pernah melihat al-Ashla’ iaitu ‘Umar bin Al-Khattab RA mencium Hajar Aswad dan berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku pasti akan menciummu, meskipun aku tahu kamu hanyalah sebiji batu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak pula dapat memberi manfaat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 1597, 1610, Muslim, No: 1270, Abu Dawud, No: 1873, at-Tirmizi, No: 860, an-Nasaie, No: 2937, Ibn Majah, No: 2943, Ahmad, No: 171, 223, 263, lafaz hadith riwayat Muslim).

HIMPUNAN@HADIS

   KELEBIHAN BELAJAR DAN MENGAJAR AL-QURAN

   Daripada Uthman bin Affan RA, Baginda Nabi SAW bersabda:

   خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya:

Sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-Quran dan
mengajarkannya (ilmu     al-Quran).

Al-Bukhari : 5027
(Mohd Yusuf Ismail et al 2018)

TANDA-TANDA MUNAFIK

Daripada Abi Hurayrah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

آيَةُ الْمُنَافِقُ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ.

Maksudnya: Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu: Apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.

Al-Bukhari : 33

HILANGNYA AMANAH TANDA-TANDA KIAMAT

Daripada Abi Hurayrah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.

Maksudnya: Apabila hilang amanah dalam diri, maka tunggulah saat kebinasaan. Sahabat bertanya: Bagaimana punca hilangnya amanah itu wahai Rasulullah? Lalu, baginda Rasulullah bersabda: Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kebinasaan itu.

Al-Bukhari : 6496

UJIAN PENGHAPUS DOSA

Daripada Abi Sa’id al-Khudri dan Abi Hurayrah RA berkata,baginda Nabi SAW bersabda:

مَا يُصِيْبُ الْمُؤْمِنُ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلا غَمٍّ وَلاَ أَذَى حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا إٍلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ.

Maksudnya: Tidaklah ditimpa orang mukmin itu berasa sakit (secara berterusan), berasa penat dan khuatir (dalam fikiran), berasa sedih dan hiba (kerana sesuatu yang menimpa),        rasa kegelisahan hati atau sesuatu yang memedihkan sehingga merasakan duri yang menusuk melainkan dihapuskan dosa-dosanya.

Al-Bukhari : 5641

MENDOAKAN ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN

Daripada Usamah bin Zayd RA berkata, Rasulullah SAW berpesan dalam sabdanya:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفٌ، فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا، فَقَدْ أَبْلَغَ فِيْ الثَّنَاءِ.

Maksudnya: Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucapkanlah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan: Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik.

Al-Tirmidhi : 2035. Sahih

BERFIKIR SEBELUM BERKATA-KATA

Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA berkata, Nabi SAW berpesan dalam sabdanya:

لاَ تَكَلَّمْ بِكَلاَمٍ تَعْتَذِرُ مِنْهُ غَدًا.

Maksudnya: Jangan kamu bercakap dengan sesuatu perkataan yang esoknya kamu akan menyesal kelak.

Ibn Majah : 3381. Hasan

MALU HANYA KEPADA PERKARA YANG BAIK

Daripada ‘Imran bin Hasin RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الحَيَاءُ لَا يَأْتِيْ إِلَّا بِخَيْرِ.

Maksudnya: Sifat malu itu tidak akan datang melainkan dengan perkara-perkara yang baik.

Al-Bukhari : 2117

JANGAN MARAH

Daripada Abi Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda:

لَا تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لَا تَغْضَبْ.

Maksudnya: Jangan marah, kemudian dia berlalu pergi dan kembali semula serta bertanya hal yang sama. Lantas, baginda bersabda: Jangan marah.

Al-Bukhari : 6116

MENGHORMATI UNTUK DIHORMATI

Daripada Abi Hurairah RA berkata, Rasulullah bersabda:

مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَم.

Maksudnya: Sesiapa yang tidak menghormati (menyayangi) orang lain, tidak akan dihormati (disayangi).

Al-Bukhari : 5997

JANGAN SOMBONG

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ في قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ.

Maksudnya: Tidak akan masuk syurga sesiapa yang wujud sifat sombong di dalam hatinya meskipun sebesar zarah.

Muslim : 91

Loading...