Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

17 – 19 NOVEMBER 2023 (PEKAN) – Bengkel Penulisan Buku dan Bab Dalam Buku telah diadakan di Hotel Ancasa Royale Pekan anjuran Penerbit UnIPSAS. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah terhadap penulisan buku dan bab dalam buku mengikut standard penulisan yang ditetapkan oleh penerbit-penerbit universiti di Malaysia.

Pendedahan yang dikupas dalam bengkel ini  adalah kaedah penulisan ilmiah seperti buku karya asli, buku bertema, modul pengajaran dan pembelajaran, serta monograf. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan dan dikendalikan oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri Bin Mat Teh, pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Loading...