Responsive Menu
Add more content here...

 +609 553 5555         bpi@unipsas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

01 SEPTEMBER 2022 – Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) UnIPSAS yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed hari ini mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Penerbit Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Lawatan HEPI ke Penerbit UMP bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan dan urus tadbir penerbit universiti, proses penerbitan serta dokumentasi yang melibatkan bahan terbitan buku, jurnal dan lain-lain serta pemasaran bahan terbitan. Taklimat daripada Penerbit UMP telah disampaikan oleh Pengarah Penerbit UMP, En. Muhammad Azli Shukri.

Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Ts. Dr. Muhamad Bin Mat Noor (Penasihat Luar Bahagian Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak (Pengarah Pusat Siswazah merangkap Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan), En. Mohd Yusrizal Bin Mohd Yunus (Penolong Pendaftar HEPI), En. Ainuddin bin Kamaruddin (Pengarah Institut Jawi), Pn. Norillah binti Abdullah Hassim (Ketua Jabatan Penyelidikan dan Geran), Cik Wan Nur Ainna Waheda binti Rozali (Pengarah Penerbit

UnIPSAS) serta empat orang ahli jawatankuasa Penerbit UnIPSAS iaitu En. Shammil bin Shabri, En Abu Dzar bin Ahmad, Pn. Nur Azimah binti Mohamed Jamburi dan Cik Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail.
Semoga lawatan ini dapat mewujudkan ukhuwah dan kerjasama yang baik di antara Penerbit UnIPSAS dan Penerbit UMP.

Loading...